

Seperti mana Rumah dan Tanah, Emas juga adalah Aset.
Tahu atau pun tidak, emas adalah aset sama seperti rumah dan tanah, dimana nilainya semakin lama semakin meningkat.
Cuma bezanya disini :-
1) Proses beli atau jual emas hanya memakan masa 5~20 minit berbanding proses beli rumah atau tanah yang makan masa berbulan-bulan. Mungkin juga prosesnya memakan lebih setahun.
2) Nak beli atau jual emas tidak perlukan dokumen sokongan kewangan, tidak perlu buat pinjaman bank dan tidak perlukan penjamin. Jika ada duit, boleh beli jer terus emas tersebut.
3) Beli rumah tak boleh beli sikit-sikit. Contohnya bulan ini beli tiang, bulan depan beli dinding dan bulan seterusnya atap.
Sama juga dengan beli tanah. Kita tak boleh beli hari ini 1kaki, bulan depan beli 1kaki dan bulan depan beli lagi 1kaki.
Tetapi dengan emas kita boleh beli dan kumpul sikit-sikit. Emas boleh dibeli serendah 1gram.
4) Emas tiada dalam rekod kewangan. Pihak berwajib tidak dapat tahu berapa simpanan emas yang kita ada.
Tidak seperti rumah atau tanah, pemilik perlu mengisytiharkan harta pemilikan. Sebab itu, mereka yang muflis/ bankrap pun masih boleh memiliki emas.
5) Emas mudah dibawa kemana-mana sahaja sama ada dalam negara atau ke luar negara.
Tetapi tidak pada rumah atau tanah kerana ia adalah aset kekal.
6) Emas tidak perlukan kos penyelanggaraan. Beli dan simpan sahaja.
Tidak seperti rumah atau tanah, kita perlu buat penyelanggaraan berkala supaya tidak menjadi tempat "jin bertendang".
7) Emas lebih mudah untuk dibuat pembahagian harta.
Sebuah rumah tidak boleh dibahagi kepada 4bahagian.
Sebidang tanah perlukan banyak proses untuk tukar nama atau dibahagi kepada beberapa bahagian.
Tetapi jika ada emas 1kilo, kita boleh bahagikan mengikut bilangan penerima waris tersebut mengikut purata berat emas tersebut.
*
*
Untuk 7 situasi ini, kelebihan berpihak pada emas. Tetapi tidak lah bermaksud emas lebih bagus dari rumah dan tanah.
Emas, rumah dan tanah mempunyai kelebihan masing-masing.
Apa yang penting adalah ilmu. Jika kita ada ilmu, kekurangan boleh dijadikan kelebihan.
Beli rumah, kita boleh sewakan.
Beli rumah, kita ada tempat berteduh.
Beli tanah, kita boleh buat kebun dan bercucuk tanam.
Kesimpulan nya, ketiga-tiga ini bagus untuk dijadikan aset, bergantung kepada keperluan semasa dan bagaimana kita menguruskannya.

"Something have to start somewhere".

0 Comments