Raime Amin - PG00494419
Begini ceritanya...
Setelah puas meneliti tentang emas di Public Gold, pada tahun 2000, saya mula buka akaun GAP di Public Gold. Setelah membuka akaun di GAP dan membuat pembelian pertama saya, 1gram emas. Pada ketika itu 1gram emas hanya RM248.00
Setelah 4tahun berlalu, emas 1gm yang saya beli dengan harga RM248.00 itu telah menjadi RM598.00 1gram.. Terkejut dan mula berfikir, kalau saya istiqomah untuk top up 1gm setiap bulan, berapa gram dah dalam tangan ketika ini...
Anyway...
Semasa PKP tahun 2011, Kerajaan Malaysia membenarkan para pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebanyak RM10k dalam akaun KWSP. Jadi saya pun mengeluarkan RM10k semasa tu. Saya beli 6dinar, secara online sahaja masa tu. Masa tu 1dinar lebih kurang RM1k
Setelah pergerakkan dibenarkan, saya ke Public Gold cawangan Ampang untuk menebus emas fizikal saya sebanyak 6keping syiling 1dinar.
Oleh kerana memerlukan wang pada ketika itu, saya pun memajakkan 5keping dinar saya di Ar-Rahnu, Bank Rakyat. Upah simpan di Bank Rakyat hanya 0.75% sebulan dari jumlah emas yang dipajak.
Perbezaan pajak emas kita di Ar Rahnu Bank Rakyat berbanding dengan kedai pajak lain ialah
- Kadar upah simpan hanya 0.75% per bulan dari jumlah pinjaman yang kita ambil - (kalau dikedai pajak gadai biasa, sekitar 1.5% ~ 2% per bulan.)
- Bank Rakyat ada buat kemaskini harga emas (overlaps) setiap 18bulan. (value semula harga emas kita setiap 18bulan)
4tahun berlalu, upah simpan saya bayar as per schedule, dan overlaps tiap 18bulan, emas yang saya pajakkan itu akhirnya sudah meningkat hampir sekali ganda dari jumlah pinjaman, jadi dengan duit baki yang ada dalam akaun tersebut sudah melebihi dengan jumlah pinjaman yang saya ambil dengan Bank Rakyat..
Setelah di valuekan emas saya pada tahun ke empat itu, jumlah terkumpul sudah melebihi dari jumlah pinjaman saya.
Akhirnya, setelah ditolak dengan jumlah pinjaman saya, Bank Rakyat memulangkan 5dinar saya itu bersama sedikit wang lebihan.
Saya tanya dengan pegawai bank tersebut, betul ker Tuan?
Pegawai itu jawab, disebabkan Encik tak ambil wang lebihan pada setiap kali emas Encik di revaluekan, jadi sekarang jumlah terkumpul sudah melebihi jumlah pinjaman Encik buat dulu. Jadi sekarang Encik boleh tebus 5dinar itu dan masih ada sedikit jumlah lebihan...
Pegawai bank itu juga mengatakan, beginilah salah satu caranya Emas kita bekerja untuk kita. Ramai orang buat macam ni sekarang.
Sejak itu saya lebih yakin dengan Emas dan bertekad untuk menyimpan sikit-sikit dan mahu berkongsi pengalaman ini dengan menggalakkan ramai untuk menabung dalam bentuk Emas di akaun GAP Public Gold.
Sebenarnya banyak lagi ilmu emas yang masih saya perlu explore dan pelajari. Insyallah akan saya kongsikan dari masa ke semasa untuk manfaat bersama.
Ketahuilah, dengan membeli emas, sebenarnya kita bukan menghabiskan duit malah kita mula menabung. Lagi banyak kita beli Emas, lebih banyak kita menabung sebenarnya. Membeli emas dengan akaun GAP di Public Gold serendah RM100, ikut kemampuan kita.. Bila cukup jumlah gram emas, kita boleh fizikalkan emas tersebut. Jom mula menabung di GAP Public Gold..
Raime Amin
PG00494419
November 2025


0 Comments