

Majoriti dari kita tidak ada simpanan yang cukup walaupun bergaji besar, rumah besar, kereta mewah dan lain lain lagi.
Rata-rata tak ada simpan simpanan yang cukup untuk tujuan kecemasan sekurang kurangnya enam bulan gaji.
Tahap kewangan kita boleh dikatogerikan "kais sebulan, makan sebulan". Tahap kewangan kita sebenarnya dalam keadaan yang tak selamat.
Target Kewangan Peribadi.
Menurut beliau, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya atau menunjuk kekayaan. Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya..
Untuk mencapai sesuatu tahap kewangan, kita kena jelas apa yang kita nak capai. Tak boleh kabur...
Impian kena besar, tapi kita bermula dengan langkah kecil... Step by step..
Tak perlu gopoh...
Tak perlu gopoh...
Ketika kita mula ada kesedaran tentang kewangan, untuk permulaan, kita tetapkan target kewangan peribadi, seperti berikut :-
- Simpanan untuk 3bulan pendapatan.
- Bebas segala hutang yang negatif.
- Simpanan 6 bulan pendapatan untuk kecemasan.
- RM1Juta pertama - dalam masa 10 tahun - Target!!
Saya tahu ianya memang tak mudah... Tapi tak mustahil..
Bila kita ada target, yakinlah cepat atau lambat, pasti kita akan mampu mencapainya.
Belajar ilmu kewangan, banyakkan membaca tentang kewangan dan berkawan dan belajar dari orang yang dah berjaya, mungkin kita boleh mencapai target kita dengan lebih cepat.. Insyallah...
Itulah pentingnya ada matlamat kewangan yang jelas. Bila matlamat kita jelas, kita tahu pendapatan yang kita dapat setiap bulan itu nak di'halakan' kemana... Kita akan berikan keutamaan untuk menabung sebahagian daripada pendapatan setiap bulan secara berdisiplin.
Sebaliknya, kalau kita tak ada matlamat kewangan yang jelas, pendapatan kita berpuluh ribu sebulan pun bakal tak cukup..
Berapa besar pun gaji lita sekalipun, kita tak akan terfikir untuk menabung dan cukupkan simpanan kalau tak ada matlamat.
Kita hanya akan fikir nak belanja , belanja, belanja sahaja....
sebab bulan depan dapat gaji lagi...
Akaun bank kita tak lebih dari sekadar tempat duit kita 'transit' sahaja. Sebelum duit itu masuk ke tabung kekayaan orang lain...
Akhir sekali yang tinggal hanya penat...
Penat kerja bertahun tahun, tapi hujung hujungnya tak ada simpanan yang banyak.
Rasa puas berbelanja yang sementara, tapi akhirnya menyesal... tak tau kemana duit tu pergi...
Mereka yang dah berkeluarga akan habiskan duit dengan alasan untuk menggembirakan keluarga...
Yang bujang pulak habiskan duit untuk keinginan, bukan ikut keperluan.
Alasan 'masih muda'!!...
Macam macam alasan boleh kita senaraikan - kalau kita tak ada matlamat kewangan!!
Demi Matlamat, Kita Boleh Kawal Nafsu Berbelanja!
Kekayaan bukan tentang berapa besar pendapatan kita, tapi berapa banyak simpanan kita.
Gaji lebih besar itu tidak sesekali membuatkan kita bertambah kaya kalau jumlah simpanan kita tak bertambah.
Jadi kalau kita nak kaya, langkah pertama, kita mesti tetapkan matlamat kewangan peribadi. Letakkan target satu hari nanti kita akan mempunyai jumlah harta bernilai RM1Juta .
Walaupun kita mulakan dengan langkah yang kecil, tapi matlamat kita kena besar...
Bila matlamat kita besar, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan...
Keinginan untuk berbelanja yang bukan-bukan itu akan dapat kita kawal untuk seketika, bila kita ada matlamat kewangan peribadi kita.
Lebih Berdisplin Bila Kita Ada Matlamat Kewangan Peribadi.
Selagi keadaan kewangan kita hari ini masih lagi ditahap - kais sebulan makan sebulan, itu belum waktu nya untuk kita hidup bermewah mewah.
Biarlah tak nampak bergaya pun tak apa, asalkan kita tahu matlamat kita!
Untuk mempunyai harta bernilai RM1Juta, mulakan dengan langkah pertama dengan meletakkan matlamat kewangan kita dari sekarang!!
Walaupun ianya nampak remeh, tapi kesannya sangat besar kepada masa depan kita.... Sebab bila kita ada matlamat, maka otak kita akan mula bekerja mencari jalan untuk mencapai matlamat kita.
Maka hasilnya nanti pasti akan jauh berbeza dengan orang yang tak ada matlamat.
Dan apa yang sering terjadi, matlamat itu akhirnya dapat dicapai lebih cepat dari apa yang kita pernah jangkakan! Insyallah...
Raime Amin
10 Disember 2025


0 Comments