WELCOME TO MY PAGE

Tasik Villa International Resort, Lukut, Port Dickson.



Bangunan Utama Tasik Villa

Ini adalah trip kedua kami ke Tasik Villa International Resort, Kota Lukut di Port Dickson. Kali pertama kesini pada Oktober 2018, kira-kira dua tahun yang lepas. Masa tu Ammar baru berumur 3tahun.

Tasik Villa, Lukut, Port Dickson - 2018

Ammar 3tahun

Trip ke Tasik Villa kali ini mula ditempah pada sekitar bulan Oktober tahun lepas. Akibat kawalan pergerakan (PKP), dari bulan November sehingga Oktober tahun ini, tempahan terpaksa ditunda sebanyak tiga kali. Kerajaan mula membenarkan merentas daerah setelah populasi rakyat Malaysia yang sudah divaksin mencapai 90%. Ini tertakluk kepada negeri yang sudah melepasi fasa ke-3.

Atas sebab PKP, pihak pengurusan Tasik Villa bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh perjalanan kami bila kerajaan menarik balik arahan PKP itu nanti.

Lepas  jadual semua yang berkaitan mengizinkan, berangkat lah kami Tasik Villa minggu lepas. 15 Oktober 2021.

Ada kolam renang utama disekitar bangunan utama Tasik Villa. Jadi kalau hendak berenang dikolam yang besar, anda boleh kekolam ini yang lokasi nya menghadap Tasik didalam kawasan Tasik Villa ini.

Kami menginap di Villa 2Kamar yang mempunyai private pool. Memang itu tujuan sebenarnya, makwe nak bawa cucu kolam. Unit yang kami dapat  kali ini adalah unit yang mempunyai halaman disebelah kiri. (Villa 5083). Lepas check in tu baru tahu unit villa yang kami dapat tu, unit yang ada BBQ Garden. Memang tak sempatlah nak siapkan bahan bahan untuk berBBQ. Lagipun kami memang dah bawa macam macam makanan. 







Diatas adalah shorts video kompilasi sepanjang menginap di Tasik Villa.
Tak ada buat video panjang..



Aerial View Tasik Villa

Apa yang menarik disini?

Tasik Villa menawarkan lapan jenis tempat penginapan.
Di dalam kawasan Tasik Villa terdapat satu Tasik Utama yang mana terdapat berberapa aktiviti seperti Boat Cruise, Pedal Boat, pertunjukkan Air Pancut yang menari mengikut rentak musik yang dimainkan.

Terdapat Thai Oddesy Massage jika anda bercadang untuk merehatkan badan. Ada juga Taman Rekreasi Tasik Villa untuk aktiviti yang membuat anda berpeluh dan Segar City untuk aktiviti seisi keluarga.

Jika anda bercadang untuk bawa keluarga bercuti, boleh lah cuba bercuti disini.

Tasik Villa International Resort
Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut
71010 Port Dickson, Negeri Sermbilan Darul Khusus
Tel +6066448888
EMAIL :- reservation@tasikvilla.com.my



selesai/-






Post a Comment

0 Comments