WELCOME TO MY PAGE

Yang lebih dirisaukan daripada dajjal



        
Apabila membaca hadis-hadis tentang fitnah atau ujian dajjal. Kita semua merasa sangat takut, dan sangat berharap agar kita tidak melaluinya.

Tahukah kita, ada perkara yang lebih menakutkan dan merisaukan daripada dajjal?




عنْ أَبِي سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ , فَقَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ " , قَالَ : قُلْنَا : بَلَى , فَقَالَ : " الشِّرْكُ الْخَفِيُّ , أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ " .


Abu Sa'id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah S.A.W  keluar menemui kami, dan ketika itu kami sedang bercerita tentang dajjal. Baginda S.A.W bersabda: Mahukah kalian jika aku beritahu tentang apa yang lebih aku takuti daripada dajjal jika ia menimpa kalian? Kami menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah S.A.W! Rasulullah S.A.W bersabda: Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang bangun mendirikan solat dan memperelokkan solatnya kerana ada orang melihatnya.

[Sunan Ibnu Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344, Al-Arna'ut berkata isnadnya dhaif ِ]

Ini kerana riak adalah syirik kecil.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ : قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ


Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Aku tidak memerlukan kepada sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dan menyekutukan Aku pada amalan tersebut dengan selain Aku. Aku tinggalkan dia dan apa yang dia syirikkan itu [Sahih Muslim, Kitab ar-Riqaq, hadis no: 2985]


Ma'qil bin Yasar berkata:


انْطَلَقْتُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «يَا أَبَا بَكْرٍ، لَلشِّرْكُ فِيكُمْ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ»،

Saya bertolak bersama Abu Bakar al-Siddiq r.a bertemu dengan Nabi S.A.W, baginda bersabda: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya syirik yang berlaku di kalangan kamu lebih tersembunyi daripada gerakan semut".


فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: وَهَلِ الشِّرْكُ إِلَّا مَنْ جَعَلَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ؟


Abu Bakar bertanya: "Adakah ada syirik yang lain selain daripada seseorang menjadikan adanya sesembahan lain bersama Allah?"


فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَلشِّرْكُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ، أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى شَيْءٍ إِذَا قُلْتَهُ ذَهَبَ عَنْكَ قَلِيلُهُ وَكَثِيرُهُ؟»


Nabi S.A.W menjawab: "Demi Allah, sesungguhnya syirik itu lebih tersembunyi daripada gerakan semut. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu bacaan yang apabila kamu membacanya, ia akan menghilangkan syirik yang banyak dan sedikit daripada kamu?"


قَالَ: " قُلِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ "

Baginda bersabda: Sebutlah: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Kamu daripada mensyirikkan Mu dalam keadaan aku mengetahui. Aku memohon keampunan Mu untuk apa yang aku tidak tahu. [Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no: 716, Al-Albani menyatakan ia sahih].


credit
#MMMR

Post a Comment

0 Comments