WELCOME TO MY PAGE

Dosa Yang Berpanjangan.



Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seseorang.

Lalu dia menyesal dan bertemu dengan orang tersebut di masjid untuk memohon maaf.

Lalu orang itu berkata, aku memaafkan dengan syarat, nanti bila kamu datang ke masjid ini bawalah penyapu bulu ayam. Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis.

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin dimaafkan dari kesilapannya membuat fitnah.  Lalu dia melakukannya seperti yang diminta.

Apabila sampai di masjid, dia berjumpa dengan orang tersebut dan berkata. Wahai tuan, Aku telah buat seperti yang engkau suruh. Buktinya ni, hanya tinggal rotan saja. Bulu-bulu ayam telah aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?.

Orang itu berkata, nanti bila kamu balik, kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok. Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang, ini suruh kutip kembali. Tapi kerana ingin dimaafkan atas kesalahannya membuat fitnah, lalu dia melakukannya.

Keesokan hari dia berjumpa dengan orang tersebut. Tuan, saya hanya mampu mengutip beberapa helai sahaja daripada banyak yang aku buang. Semua telah di terbangkan angin entah ke mana.

Lalu orang itu berkata: Begitulah dengan fitnah yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya. Ia tersebar dan terus tersebar.

Aku maafkan kamu. Bertaubatlah. Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.

Itulah dosa yang berpanjangan. Dosa fitnah terus berjalan ketika ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa pembuat fitnah.


berhati-hatilah kita agar tidak terlibat menjadi pembuat fitnah juga  penyebar fitnah di media sosial.

Post a Comment

0 Comments