

Kalau negara pun simpan Emas untuk perlindungan Negara, kenapa kita tidak simpan untuk perlindungan keluarga?
Kita ambil contoh tujuan pembelian emas oleh Bank Pusat di seluruh dunia. Apa tujuan sebenarnya mereka berbuat demikian?
Salah satu sebab utama Bank Pusat menyimpan lebih banyak emas adalah supaya dapat melindungi negara daripada ketidaktentuan ekonomi dan krisis geopolitik yang boleh memberi impak kepada kestabilan ekonomi kepada sesebuah negara.
Emas juga adalah yang aset stabil, selamat dan dilindungi dari inflasi yang memberi kesan kepada kejatuhan nilai matawang.
Sebab itu kebanyakkan negara diseluruh dunia menyimpan emas sebagai rizab negara. Bagi sesebuah negara, rizab emas yang banyak juga menunjukkan kekuatan ekonomi negara tersebut.
Dari perspektif ini, tujuan pembelian emas oleh Bank Pusat sesebuah negara adalah bukan untuk pelaburan (mereka trading bila harga emas naik), sebaliknya untuk melindungi negara mereka dari segi ekonomi.
Kita tak mungkin dengar kisah sesebuah negara menjual emas bila harga emas tinggi, kecuali bila ada keperluan negara seperti berlaku di India semasa krisis ekonomi India pada tahun 1991 dimana salah satu cara untuk menangani krisis ekonomi adalah dengan mencagarkan sebahagian besar rizab emas negara mereka kepada Bank Of England dan Union Bank of switzerland.
Namun kita akan mendengar berita sesebuah negara membeli emas sebanyak beberapa ribu tan setahun sebagai harta negara.
Bagaimana pula kita melindungi ekonomi keluarga kita?
Simpanan emas bukanlah semata-mata untuk raih keuntungan tetapi ia adalah juga sebagai perlindungan keluarga ketika dalam kesusahan.
Seperti rumah dan tanah, emas juga adalah aset yang boleh diwarisi, malah akan terus kekal bernilai dalam tempoh jangka panjang.
Bezanya emas boleh dibeli dan dikumpul sikit-sikit dan mudah untuk dicairkan (liquidate) dengan cara gadaian sekiranya keadaan mendesak.
Dengan kata lain, jika kita sudah tak ada jalan lain untuk mendapatkan dana, simpanan emas kita sendiri boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan mencagarkan emas kita melalui Ar Rahnu.
Habis bayar dapat balik emas kita. Kalau pinjaman dibank, habis bayar tak dapat apa-apa.
Mulakan simpanan emas anda sekarang!!


0 Comments