WELCOME TO MY PAGE

TDC Holdings Sdn Bhd - Penaja Utama Terengganu FC 2022 & 2023.






Syarikat TDC Holdings Sdn Bhd pada hari ini secara rasminya telah menandatangani kontrak sebagai penaja utama Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2022 dan 2033. Majlis Tandatangani Kontrak Penajaan Platinum kelab ini telah berlangsung di Pejabat Pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd dan dihadiri oleh jemputan media dan wakil pasukan serta pengurusan kedua-dua pihak.


Pihak TDC Holdings bakal menggunakan jenama salah satu produk utama meraka iaitu COLEVER sebagai branding image yang akan dibawa bersama Terengganu FC bermula musim ini. Logo COLEVER bakal digunakan dikesemua penempatan imej logo tajaan utama kelab ini termasuk pada jersi utama pasukan Terengganu FC.


Syarikat TDC Holdings bersetuju untuk menjadi penaja kelab ini dengan penawaran tajaan dalam bentuk kewangan sebanyak RM4jt bagi musim 2022 dan 2023. Pihaknya juga menawarkan penajaan tambahan dalam bentuk barangan nilaian sebanyak RM500 ribu menjadikan nilai tajaan keseluruhan bagi tempoh 2tahun mencecah RM4.5juta.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Hafiz Hiew menyatakan beliau melihatkan kerjasama ini dapat memberikan kelebihan buat kedua-dua pihak dimana Terengganu FC sememangnya mempunyai nilai komersialnya tersendiri serta pasukan utama kelab ini juga telah mempamerkan kualiti yang sangat baik dalam kancah saingan Liga Malaysia yang menjadikan pasukan ini salah sebuah pasukan gergasi bukan sahaja di Pantai Timur tetapi di Malaysia.


Colever & Selangor FC




Logo ‘Colever’ pada jersi pemain Terengganu FC.

Beliau juga percaya Terengganu FC bakal membawa jenama COLEVER serta TDC Holdings ke peringkat yang lebih tinggi dan beliau tidak menolak jika kerjasama ini berjalan lancar, kerjasama ini akan berterusan pada tahun tahun yang akan datang.





Majlis tandatangan kontrak berlangsung distadium Sultan Mizan Zainal Abidin.





Info berkenaan Syarikat TDC Holdings Sdn Bhd.- 
https://www.tdchb.com

Info berkenaan produk Colever :-
Apa Itu Susu Colever?










Post a Comment

0 Comments