WELCOME TO MY PAGE

C2Joy, Colever dan BerryMix. Mari lihat perbandingannya.





Perbandingan Produk TDC Holdings Sdn Bhd.

Untuk melakukan pemilihan produk, salah satu petua penting adalah untuk melihat info pada nutrisi pemakanan. Kaedah ini dikongsikan oleh para pakar pemakanan dan nutrisi.

Untuk pemilihan di antara Colever dan C2Joy, masing-masing adalah Susu Kolostrum. BerryMix pula adalah campuran minuman yang kaya dengan bahan antioksidan. Jadi yang mana satu sesuai untuk anda?

Mari kita lihat perbandingannya.

Merujuk kepada Nutrisi Pemakanan setiap satu sachet (15gm) adalah seperti berikut :-

1. Tenaga
C2Joy - membekalkan 221kJ.
Colever - membekalkan 223kJ.
BerryMix – membekalkan 7kJ.

Colever secara amnya mampu memberikan tenaga lebih banyak setiap sachet berbanding C2Joy.

Bagi yang ingin tenaga yang lebih, boleh mempertimbangkan Colever. Namun pastikan pengambilan tenaga seharian tidak melebihi keperluan, jikalau tidak, ianya mungkin menaikkan berat badan seseorang. Keperluan tenaga dewasa yang normal secara purata adalah 8,700kJ.

2. Lemak
C2Joy - sifar.
Colever - sifar.
BerryMix - sifar.

Ketiga-tiga produk TDC tidak mengandungi kandungan lemak. Ia tidak menggemukan.

3. Kolesterol
C2Joy – 4.6mg.
Colever – 0.0mg.
BerryMix – 0.0mg.

Keperluan Kolesterol bagi badan manusia yang normal adalah sekitar 200-300mg sehari. Jika ada penyakit seperti masalah jantung dan lain-lain, tidak melebihi 200mg sehari.

4. Natrium
C2Joy – 36.5mg.
Colever – 39mg.
BerryMix – 13mg.

Colever mengandungi 39mg Natrium setiap sachet manakala C2Joy adalah 36.5mg. Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan natrium adalah kurang daripada 1,500mg sehari. Natrium (kandungan garam) penting untuk pelancaran aliran darah namun lebihan natrium akan menyebabkan darah tinggi, sakit jantung dan stroke. 

5. Laktosa
C2Joy – 8.6mg.
Colever – 7mg.
BerryMix – 0mg.

Kandungan Laktosa dalam C2Joy (8.6mg) sememangnya sudah rendah sebab Kolostrum New Zealand memang rendah laktosa. Namun Colever berjaya menggunakan formulasi rahsia untuk merendahkan lagi kandungan laktosa Kolostrum kepada 7mg setiap sachet.

Laktosa penting untuk merangsang Pre-Biotik badan manusia untuk penghasilan bakteria bagus bagi manusia. Namun, ada juga yang tidak boleh menerima jika kandungan laktosa melebihi 12mg setiap hidangan (Lactose-Intolerance). Kedua-dua C2Joy dan Colever mempunyai kandungan Laktosa yang rendah daripada 12mg dan mesra pengamal yang Lactose-Intolerance dan mungkin Colever lebih mesra lagi dengan kandungan Laktosa 19% lebih rendah daripada C2Joy.

BerryMix sifar Glukosa (Gula Jahat) dan hanya mengandungi Fruktosa (Gula Buah) sebanyak 1.8mg. Penyelidikan menunjukkan pengambilan fruktosa tidak melebihi 40mg sehari adalah selamat dan sangat digalakkan bagi dewasa normal. Bagi yang ada penyakit, tidak melebihi 25mg sehari. Fruktosa mempunyai Glycemic Index yang rendah, terbukti mengawal gula dalam darah, dan tidak membekalkan tenaga berlebihan yang tidak perlu untuk badan seperti Glukosa.

6. Protein
C2Joy – 4.2mg.
Colever – 4.6mg.
BerryMix – 0mg.

Colever membekalkan 4.6mg Protein setiap sachet berbanding dengan 4.2mg di C2Joy. Keperluan protein manusia secara purata adalah 56mg sehari. Protein penting dalam pembinaan otot, mengekalkan berat badan yang ideal dan penyembuhan dari kecederaan otot.

7. Kalsium
C2Joy – 287mg.
Colever – 254mg.
BerryMix – 1.7mg.

C2Joy (287.4mg) membekalkan Kalsium yang lebih tinggi daripada Colever (254mg). Kedua-duanya diklasifikasikan sebagai produk tinggi dengan Kalsium sebab kandungan per 100g adalah 2 kali ganda daripada 15% Nutrient Reference Values (NRV). Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

8. Kalium
C2Joy – 45.81mg.
Colever – 317mg.
BerryMix – 1.7mg.

Colever mengandungi 317mg Kalium setiap sachet berbanding C2Joy yang hanya 45.81mg. Kalium penting untuk kesihatan saraf, kestabilan dan keseimbangan badan dan gerakan otot. Keperluan Kalium bagi dewasa secara purata adalah 4,700mg sehari.

9. Vitamin C
C2Joy – +-100mg.
Colever – +-100mg.
BerryMix – 214mg.

BerryMix mempunyai 214mg Vitaminc C setiap sachet, satu nilai yang jauh lebih tinggi berbanding dengan Colever dan C2Joy, dan mempunyai nilai Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) yang amat tinggi. ORAC adalah satu ukuran kekuatan antioksidan sesuatu produk di bawah FDA. Namun Malaysia belum izinkan untuk dimasukkan ke dalam pelabelan nutrisi pemakanan.

10. Akta Makanan 1985

Colever dikategorikan sebagai Minuman Rendah Lemak, Sifar Kolesterol, Tinggi dengan Protein dan Tinggi dengan Kalsium manakala C2Joy hanya dikategorikan sebagai minuman Tinggi Kalsium.

BerryMix dikategorikan sebagai minuman yang Rendah Lemak, Sifar Kolesterol dan Tinggi dengan Vitamin C. Tuntutan Fungsi Nutrien untuk BerryMix adalah tinggi dengan Vitamin C yang meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging dan menyumbang kepada penyerapan zat besi dari makanan. Penyerapan Zat Besi sangat mustahak untuk kesihatan Sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan khususnya otak dan juga kesihatan kulit.

11. Tuntutan Fungsi Nutrien

C2Joy mengandungi Kalsium yang tinggi untuk membantu perkembangan dalam tulang dan gigi yang kuat.

Colever mengandungi Beta Glucan daripada Yis yang mungkin membantu untuk menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selsema, juga kandungan tinggi Kalsium yang membantu perkembangan dalam tulang dan gigi yang kuat.

BerryMix dikategorikan sebagai minuman yang Rendah Lemak, Sifar Kolesterol dan Tinggi dengan Vitamin C.

BerryMix adalah tinggi dengan Vitamin C yang meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging dan menyumbang kepada penyerapan zat besi dari makanan.

Penyerapan Zat Besi sangat mustahak untuk kesihatan Sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan khususnya otak dan juga kesihatan kulit.

Daripada 11 point di atas, boleh disimpulkan bahawa :-

C2Joy produk untuk imunisasi yang sifar lemak, lebih banyak kalsium dan tidak perlu tenaga, natrium, protein dan kalium yang tinggi, serta tidak kisah tentang alergi laktosa dan kolesterol.

Colever produk untuk yang ingin lebih tenaga, natrium, protein, kalium yang tinggi, rendah lemak dan sifar kolesterol, serta mungkin sedikit alergi kepada laktosa dan tidak kisah dengan kandungan kalsium yang rendah sikit. Selain itu, formulasi rahsia Colever juga kaya dengan agen antioksidan.

BerryMix produk untuk imunisasi yang kesan antioksidan yang cukup tinggi untuk sistem imun, sel darah merah, otak dan kulit yang sihat, tetapi produk yang rendah lemak, sifar kolesterol, dan tidak terlalu membekalkan tenaga berlebihan untuk tujuan merendahkan berat badan, serta ingin menggantikan minuman tinggi gula jahat kepada minuman dengan gula buah yang baik, maka BerryMix adalah pilihan anda.

Jadi, yang mana satu sesuai untuk anda?

Untuk Imunisasi:
1. Colever
2. C2Joy
3. BerryMix

Untuk Antioksidan:
1. BerryMix
2. Colever
3. C2Joy

Untuk Tenaga:
1. Colever
2. C2Joy
3. BerryMix

Untuk keseluruhan (Keseimbangan):
* Colever.

Ternyata, apapun pilihan anda, kesemua produk TDC Holdings Sdn Bhd diiktiraf dan dijamin Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan diproseskan mengikuti Piawaian MeSTI, GMP, HACCP dan ISO 22000:2012 (Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan).

Colever, C2Joy dan BerryMix di bawah pengendalian dan edaran TDC Holdings Sdn Bhd melalui penerapan Sistem Pengedaran yang diiktiraf dengan Pensijilan ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014 (Sistem Pengurusan Berkualiti Berlandaskan Syariah), Pematuhan Shariah oleh Lariba Consulting, dan Sijil Akta Jualan Langsung (AJL) oleh KPDNHEP.

Ternyata, apapun pilihan anda, kesemua produk TDC diiktiraf dan dijamin Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan diproseskan mengikuti Piawaian MeSTI, GMP, HACCP dan ISO 22000:2012 (Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan).

Colever, C2Joy dan BerryMix di bawah pengendalian dan edaran TDC Holdings Sdn Bhd melalui penerapan Sistem Pengedaran yang diiktiraf dengan Pensijilan ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014 (Sistem Pengurusan Berkualiti Berlandaskan Syariah), Pematuhan Syariah oleh Lariba Consulting, dan Sijil Akta Jualan Langsung (AJL) oleh KPDNHEP.














JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK
DALAM MEMBUAT PEMBELIAN



Setelah membuat pembelian pertama seperti pakej diatas, anda akan didaftarkan sebagai ahli TDC secara automatik. Keahlian adalah percuma dan berlaku seumur hidup. Berikut adalah 8 kelebihan menjadi ahli TDC.

1. Membeli produk dengan harga yang lebih murah.
2. Potensi menjana pendapatan.
3. 9 Ganjaran bonus.
4. Akses ke website sistem ahli.
5. Latihan dan bimbingan disediakan.
6. Peluang melancong dan umrah secara percuma.
7. Khairat kematian dan perniagaan boleh diwarisi.
8. Peluang mendapat susu percuma.


Sebagai ahli TDC, setiap pembelian repeat order, harga akan menjadi lebih murah seperti berikut :-




*Pakej yang popular untuk pengguna baru adalah pakej SILVER.



JIKA BERMINAT,
ANDA BOLEH DAPATKAN DI




ATAU

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN
BOLEH WHATSAPP SAYA


CALL- 019 326 2575

DEALER SAH TDC


Terima kasih.

*/*