WELCOME TO MY PAGE

Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia.

Tan Sri Junid meninggal dunia pagi ini. (Jumaat 9.3.2018)

Menurut Facebook Mukhriz Mahathir FC, difahamkan beliau meninggal dunia sebelum subuh di kediamannya di Pantai Dalam.

Ia memetik anak Allahyarham berkata, Sanusi meninggal dunia pukul 6 pagi tadi selepas berwudhuk semasa menunggu waktu solat Subuh.


Beliau meninggal dunia diusia 75 tahun.

Jenazah Allahyarham akan di sembahyangkan di masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Al - Fatihah untuk arwah..


sumber :-  Malaysiakini..



Post a Comment

0 Comments