NUFF NANG TOP

Thursday, March 8, 2018

Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia.

Tan Sri Junid meninggal dunia pagi ini. (Jumaat 9.3.2018)

Menurut Facebook Mukhriz Mahathir FC, difahamkan beliau meninggal dunia sebelum subuh di kediamannya di Pantai Dalam.

Ia memetik anak Allahyarham berkata, Sanusi meninggal dunia pukul 6 pagi tadi selepas berwudhuk semasa menunggu waktu solat Subuh.


Beliau meninggal dunia diusia 75 tahun.

Jenazah Allahyarham  akan di sembahyangkan di masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Al - Fatihah untuk arwah..

sumber :-  Malaysiakini..



HIKMAH SEDEKAH.

Ketika Aisyah r.a menghidangkan makanan kesukaan Rasulullah iaitu paha kambing.

Rasulullah bertanya, "Wahai Aisyah, apakah sudah engkau telah berikan kepada Abu Hurairah tetangga kita" ?

Aisyah menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ” Bagaimana dengan Ummu Ayman?”

Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi tentang tetangga-tetangganya yang lain, adakah sudah di beri masakan tersebut

Sampai Aisyah merasa penat menjawab pertanyaan-pertanyaan Rasulullah.

‘Aisyah kemudian menjawab, sudah habis ku berikan , Ya Rasulullah, yang tinggal apa yang ada di depan kita saat ini....

Rasulullah tersenyum dan dengan lembut menjawab, 

​”Engkau salah Aisyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan. ”​ 
[HR. At-Tirmidzi]

Rasulullah SAW bersabda, 

​Kelak di hari akhirat manusia akan berkata “Inilah harta bendaku! Padahal tidak ada harta benda yang di perolehnya di dunia kecuali tiga hal, apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya menjadi kotoran, apa yang ia pakai akan menjadi rusak, dan apa yang sedekahkan akan menjadi kebaikan yang kekal baginya"​ 

[HR. Muslim]

TOKOH WANITA ISLAM HEBAT UNTUK WANITA SEDUNIA.

Hari ini 8 Mac 2018 bersamaaan 20 Jamidil Akhir 1439H. Hari kelahirannya seorang Ratu Syurga sayyidaina Fatimah binti Muhammad s.a.w. Seorang puteri yang sangat dicintai oleh baginda s.a.w. Yang mana kita tahu tingginya kasih sayang Nabi S.A.W kepadanya hingga siapa yang menyakiti sayyidah Fatimah jugak menyakiti nabi s.a.w. Segala sifat milik sayyidah Fatimah seharusnya kita ikut kerana begitu indahnya akhlak yang dimiliknya. Jadikan sayyidah Fatimah sebagai contoh dalam kehidupan kita di akhir zaman ini. Zaman yang terlalu banyak fitnah yang datangnya daripada wanita. Justeru malunya sayyidah Fatimah begitu juga malunya kita. Berakhlaknya sayyidah Fatimah begitu juga akhlak kita.

Hari ini juga merupakan hari wanita sedunia. Raikannya dengan mengingati semula tokoh-tokoh tersohor dunia seperti Sayyidah Fatimah, Sayyidah A'aisyah dan Serikandi Sumayyah. Wanita yang menjadi perjuang dalam agama kita suatu masa dahulu.

Sayyidah Siti Khadijah, isteri nabi s.a.w yang pertama. Seorang yang kaya raya namun seluruh hartanya disumbangkan kepada agama. Menjadi penguat nabi s.a.w ketika baginda lemah dalam dakwah. Menjadi bahu tempat baginda bersandar ketika kesedihan datang menyapa. Begitulah hendaknya kita sebagai wanita. Sentiasa mendampingi suami ketika senang dan susah. Menjadi penguat bukan makin melemahkan.

InshaaAllah berkekalan masjid yang dibina.
Sayyidah Aisyah r.a dikenal sebagai periwayat hadis terbesar pada masanya. Dia juga merupakan seorang yang cerdas, fasih, dan mempunyai ilmu bahasa yang sangat tinggi. Sayyidah Aisyah r.a mendapat ilmu secara langsung daripada nabi s.a.w dan beliau merupakan di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis nabi s.a.w.

Sayyidah Sumayyah r.a seorang syahid di awal penyebaran Islam. Mempertahankan agama hingga ke akhir hidupnya walaupun diseksa dengan teruk. Berbeza sungguh dengan kita di akhir zaman ini, sanggup membiarkan agama dihina dan diperkotak katikkan dengan alasan "open minded". 
Sebagai wanita, hendaklah kita menjaga maruah diri kita.

Jadikan tokoh-tokoh muslimah zaman dahulu sebagai contoh tauladan dalam menelusuri kehidupan di akhir zaman ini. Pacakkan sekuat-kuatnya rasa malu dalam hati kita agar kita mampu memikirkan buruk baik sesuatu perkara sebelum kita melakukannya.

Selamat hari wanita kepada wanita-wanita semua. Yakinlah martabat kita tinggi di sisi agama dan seharusnya kita menjaga martabat itu daripada jatuh.

By : Nur Lailatul Binti A'Oseman
Penolong Setiausaha 1
(Kelab Anak Muda Islam K.A.MI)