WELCOME TO MY PAGE

Biodata Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA PENUH
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

TARIKH LAHIR
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal, bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah)


TEMPAT LAHIR
Dirumah Abu Talib.
Makkah Al Mukarramah.

NAMA BAPA
Abdulllah bin Abdul Muttalib bin Hasim.


NAMA IBU

Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf.

PENGASUH PERTAMA
Barakah Al-Habsyiyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

IBU SUSU PERTAMA

Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

IBU SUSU KEDUA
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali sebagai Halimah As-Saadiah.

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh kedua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al- Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW dan di biayai oleh datuknya, Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab "Sirah", jilid 1, halaman 184 -187 menyatakan pada ketika itu, usia Muhammad SAW ialah antara 14 - 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak anak panah sahaja.

Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul', perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah dan lelaki suruhan Khadijah.


Baginda SAW bersama sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudara yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40tahun ketika itu.


Mas kahwin Baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah di lakukan oleh pembesar pembesar dan penduduk Makkah.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 Masehi.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawarrah pada Isnin, 12 Rabiualawal tahun hijrah / 8 Jun 632 Masehi.


ISTERI ISTERI RASULULLAH
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Saudah binti Zam'ah
  • Aisyahbinti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafshah binti Muar (anak saudara Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah binti Abu Sufyan)
  • Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab binti Jahsy
  • Maimunah binti Harith
  • Safiyah binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin' - Ibu Orang Miskin)


ANAK ANAK RASULULLAH SAW.

    * Qassim
    * Abdulah
    * Ibrahim
    * Zainab
    * Ruqaiyah
    * Ummi Kalthum
    *Fatimah Al-Zahra


ANAK ANAK TIRI RASULULLAH SAW.

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah Al Tamimi. (anak kepada Saiditina Khadijah bersama Hind bin Habassy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSU / SAUDARA SUSUAN

    * Thuwaibah Hamzah
    * Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

    * Halimah Al-Saidiyyah
    * Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muttalib
    * Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
    * Syaima binti Harith bin Abdul 'Uzza
    * Aisyah binti Harith bin Abdul 'Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW.
(ANAK ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

    * Al-Harith
    * Muqawwam
    * Zubair
    * Hamzah
    * Al-Abbas
    * Abu Talib
    * Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    * Abdul Ka'bah
    * Hijl
    * Dhirar
    * Umaimah
    * Al-Bidha (Ummu Hakim)
    * Atiqah
    * Arwa
    * Umaimah
    * Barrah
    * Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)



DIANTARA KATA KATA APREASASI PARA SAHABAT:-

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah SAW jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah SAW umpama matahari yang bersinar.
  • Apabila Rasulullah SAW berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya, sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
  • Urat darah kelihatan diantara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis garis merah dibahagian putih mata, luas kelopaknya dan kebiruan aslidinya dibahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut Bagindaserdehana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang dibahagian depan.
  • Apabila berkata kata, cahaya kelihatan memancar dari gigi nya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih perak dan sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kadang kadang menyenyuh pangkal telinga dan kadang kadang mencecah bahu tapi di sikat rapi.
  • Rambutnya terbelah tengah.
  • Ditubuhnya tidak banyak rambut kecuali sat garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua  bahunya lebih dari biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tanganya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging dibahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit Baginda putih kemerah merahan.
  • Warna kulitnya putih, sihat lagi bercahaya.
  • Rupa bentuk badannya sempurna, tulang belulang besar dan kuat.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil berukuran sederhana dan kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Bandannya cenderung kepada tinggi, semasa berada dikalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi daripada yang lain.


SABDA RASULULLAH SAW
Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama sama ku di syurga

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم




* Nabi Muhammad SAW *
Manusia Agung


KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulamak Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslamanya dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

KESIMPULANNYA
Nabi Muhammad SAW adalah manusia Agung yang ideal dan sebaik baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia mulia insan didunia.





*/*


Post a Comment

0 Comments