WELCOME TO MY PAGE

WAHED DIGITAL INVESTMENT


Kebanyakan daripada kita pasti ada membuat penyimpanan di Tabung Haji atau di ASB, yang rata-rata menawarkan dividen sekitar 5% ke 8% setahun yang dibayar pada setiap hujung tahun. Cara begitu memang ada kelebihan dan kekurangannya.

Jika anda mencari-cari platform pelaburan yang boleh memberikan pulangan keuntungan yang lebih dari itu, selamat, patuh syariah, diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dividen pelaburan anda dikemaskini setiap 2hari sekali terus ke handphone anda, mungkin anda boleh teruskan membaca artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Wahed Investment.



PENGENALAN

Wahed Investment ialah sebuah aplikasi pelaburan digital yang memberikan pulangan dividen bergantung kepada nilai simpanan dan portfolio yang anda pilih semasa membuat pendaftaran.

Dengan kata mudahnya, Wahed ialah simpanan tabungan digital anda sama seperti tabungan anda di Tabung Haji atau ASB, cuma di Wahed, anda boleh lihat pergerakkan untung atau rugi pelaburan setiap hari. Ia bergantung dengan portfolio yang anda pilih semasa membuat pendaftaran.

Kelebihan dengan simpanan ini, anda akan merasai pengalaman pelaburan apabila terdapat naik turun saham pelaburan, tanpa menjejaskan nilai simpanan anda pada setiap hari yang dikemaskini terus ke handphone anda setiap dua hari sekali.

Jadi, selain anda belajar menabung dan anda boleh nikmati pulangan tambahan setiap hari!

Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa cuma proses pengeluaran akan mengambil masa 5-7hari waktu bekerja untuk masuk ke account bank anda di Malaysia kerana Wahed Investment berpengkalan di Amerika Syarikat.



CARA PENDAFTARAN

1. Muat turun applikasi Wahed Invest di Apps Store atau Google Play.

2. Buka akaun dengan memasukkan maklumat seperti arahan.

3. Jawab beberapa soalan sebagai langkah keselamatan dan tentukan jenis portfolio.

4. Pilih portfolio pilihan anda.

5. Lengkapkan maklumat yang di minta.

6. Masukkan kod rujukkan (referral code dan anda akan menerima bonus RM10.

7. Sahkan identiti dengan foto kad pengenalan dan selfie seperti arahan.

8. Minimum deposit simpanan sebanyak RM100 melalui online banking.

9. Sistem akan memproses permohonan anda dan tunggu sehingga mendapat pengesahan sistem melalui email.

10. Proses kelulusan pendaftaran ini akan mengambil masa dalam 2-3 waktu bekerja.


Terdapat 3 pilihan cara untuk membuat simpanan. Anda boleh tetapkan pilihan anda seperti:-

* Mingguan (auto debit)
* Bulanan (auto debit)
* One time (manual debit pada bila-bila masa)



PEMILIHAN JENIS PORTFOLIO

Ketika anda menjawab soalan semasa mendaftar, sistem akan menilai jenis portfolio yang sesuai untuk anda.

Terdapat 4 jenis portfolio Wahed yang boleh anda pilih yang bergantung kepada risiko dan pulangan.

1. CONSERVATIVE
Sesuai untuk mereka yang tidak berani mengambil risiko, jadi modal yang anda laburkan tidak berkurangan tetapi pulangannya yang minima. Wahed akan melaburkan simpanan anda disukuk yang berisiko rendah.

2. MODERATE AGGRESIVE
Sesuai bagi mereka yang jenis berhati-hati, bersedia menerima rugi yang minima dan pulangan keuntungan yang moderate.

3. AGGRESIVE
Sesuai bagi mereka yang bersedia mengambil risiko keuntungan atau rugi.

4. VERY AGGRESIVE
Sesuai sesuai bagi mereka yang berani dan sukakan risiko yang tinggi tapi pulangannya pun juga tinggi, sesuai dengan keadaan pasaran saham semasa.


Portfolio CONSERVATIVE, sesuai bagi mereka yang tidak berani mengambil risiko, jadi modal yang anda laburkan tidak berkurangan tetapi pulangannya yang konsisten tapi pada kadar yang agak minima. Wahed akan melaburkan simpanan anda disukuk yang berisiko rendah.

Satu kad pengenalan hanya boleh buka dua akaun di apps Wahed, jadi anda boleh variasikan portfolio anda.

Kelebihan Simpanan dan Pelaburan Wahed diuruskan secara sistem digital (simpanan lebih mudah dengan online banking dan kurang ralat human error).

Dilindungi daripada penipuan – tetapi perlu diingat bahawa ini adalah sejenis pelaburan, jadi pasti akan berlaku naik turun sesuai dengan pasaran saham semasa.

Mempunyai konsep kod rujukan (referral code) yang boleh disebarkan untuk mendapat lebih banyak bonus. Contohnya jika kawan anda turut menggunakan Wahed dan masukkan kod rujukan anda, kedua-dua anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak RM10 selepas 30 hari.

Hanya minimum RM100 untuk membuka akaun dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh 30 hari, selepas itu, sepanjang tempoh itu atau selepas itu, anda boleh menambah atau mengeluarkan simpanan.

Pengeluaran boleh dibuat serendah RM1 terus ke dalam akaun bank pilihan anda sendiri. Namun, proses transaksi ini bukan serta-merta. Ia mengambil masa 1-7 hari waktu bekerja kerana Wahed Investment berpengkalan di Amerika Syarikat, jadi hal ini secara tidak langsung dapat melatih sifat disiplin anda untuk menabung.

Mesra pengguna kerana semua urusan hanya dilakukan menerusi aplikasi ini sahaja, tanpa perlu ke mana-mana kaunter.

Dijadikan sebagai tempat simpanan ‘parking’ jika anda mempunyai baki duit belanja lebih, dan hanya perlu tunggu pelaburan anda ‘beranak’ (sama dengan konsep Tabung Haji dan ASB)

Dikendalikan oleh Robo Advisor platform menggunakan algoritma dan AI yang menyelia dan menyusun atur pelaburan dengan lebih berkesan dan meminimumkan kerugian pelaburan.

Perlindungan data peribadi anda adalah dijamin.

Malaysia telah dipilih sebagai hub serantau di wilayah Asia Pasifik oleh Penyedia Pekhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital, Wahed Invest yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Pengurusan Wahed di Malaysia, Syakir Hashim ada membuat kenyataan bahawa Malaysia dipilih disebabkan kedudukan kewangan Islamik kita yang kukuh dan peraturan serta rangka kerja yang jelas dalam pelaburan digital.

Pengurusan aset, tenaga kerja yang cekap dalam bidang eknomi dan sistem perbankan serta kewangan Islam yang mantap di Malaysia benar-benar menarik kedatangan Wahed ke negara kita.

Malaysia juga merupakan antara negara terawal di dunia yang telah menyediakan SOP atau garis panduan dan peraturan berkenaan pelaburan digital yang lengkap dan boleh dicontohi di peringkat dunia.

Pilihan portfolio pelaburan Wahed ini termasuklah saham Amerika Syarikat dan Malaysia, sukuk dan emas.

Platform Wahed ini ialah pekhidmatan pengurusan pelaburan digital Islamik patuh syariah pertama di Malaysia yang memiliki lesen kawal selia daripada suruhanjaya sekuriti yang dijangka dapat menarik lebih ramai pengguna berdasarkan demografik Malaysia dan kawasan serantau.


KESIMPULAN

Dengan arus teknologi yang semakin maju, simpanan serta pelaburan kini menjadi semakin mudah dan boleh dilakukan di hujung jari.

Anda kini boleh mula merancang perbelanjaan anda dan mula menyimpan sekaligus melabur menerusi aplikasi Wahed ini. Anda boleh mulakan dengan nilai yang sedikit dan mula agresif apabila sudah selesa dengan skim simpanan pelaburan ini.

Anggap saja Wahed Investment ini sebagai simpanan pelaburan jangka panjang anda dan rancang awal bila anda ingin membuat pengeluaran kerana proses pengeluarannya mengambil masa 5-7hari untuk masuk ke account bank anda.



 




JANGAN LUPA UNTUK
MASUKKAN REFERRAL CODE
 raiami3 
SEMASA PENDAFTARAN SUPAYA ANDA AKAN
DAPAT RM10 SEBAGAI BONUS REFERRAL










*/*


Post a Comment

0 Comments