WELCOME TO MY PAGE

10 AMANAT IMAM SHAFIE RAHIMULLAH.

Bismillahirahmanirrahim..

Imam Shafie RHM  menyebut bahawa sesiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara dan jangan dilupa hal itu:-

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat Maut, iaitu mengqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan berasa cinta kepada ALLAH SWT.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata-rata, memperbanyak  solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, jadilah wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takut akan kepada ALLAH SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibu bapa dan membaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH SWT, sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah SAW, iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, benci akan sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU.”




Post a Comment

0 Comments